

On Time,
On Point,
On Taste.
Kami sajikan makanan halal yang sedap, servis pantas & disiplin ala tentera. Dari mesyuarat kecil sampai kenduri besar—kami deliver, ikut masa, ikut janji.


Tentang Kami
Soulja Catering
Soulja Catering bermula dari pengalaman seorang bekas anggota tentera yang percaya, kalau dalam medan perang disiplin jadi nombor satu, dalam dunia catering pun sama. Kami bawa semangat tu ke dapur — hidangan halal yang sedap, servis tepat masa, dan team yang memang kerja ikut standard askar. Dari event seperti mesyuarat pejabat, rumah terbuka, sampailah event seperti kenduri kahwin, kami sedia berkhidmat untuk buat majlis anda lebih lancar, meriah, dan penuh rasa juara.
Misi kami jelas—hidangan sedap, servis tepat masa, tetamu puas hati.
Kawasan Liputan
Kami bertapak di Janda Baik. Tapi kawasan kami meliputi Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang. Untuk kawasan-kawasan lain, jangan risau kami ex-askar sedia berkhidmat, boleh hubungi kami untuk berbincang.

Welcome
Timing Askar,
Rasa Padu
Galeri
Testimoni
Apa kata pelanggan kami?



Team Kami

Yang ini lah ketua dan kepala team kami. Dia ex-soldier. Kalau dia cakap suara dia memang kuat. Hampa jangan berdiri tegak pulak. Ni bukan kawad. Tapi dia memang peramah.

Yang ini pun ketua dan kepala team kami. Dia pun ex-soldier juga. Bab masak haa hampa boleh serah kat dia. Powerr, so memang jangan risau konfem sedap.

Hadir sewaktu event. Team inilah yang bertungkus lumus melayani tetamu. Team yang dilatih secara professional untuk menjadi pelayan terbaik dunia.
Hubungi Kami
Nak tanya menu? Nak lock tarikh majlis? Jangan tunggu lama.
WhatsApp ja kami atau isi borang ni. Senang, cepat, confirm dapat respon.
Kami bertapak di Janda Baik tapi kami coverage kami termasuk KL dan sekitar Lembah Kelang. Boleh roger untuk lain-lain kawasan.












